PROFIL MTE


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
MAJLIS TINGKATAN ENAM atau ringkasnya (MTE) merupakan sebuah PERSATUAN induk kepada persatuan - persatuan di SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN JEMAAH (SAMTTAJ), SHAH ALAM. Ia bernaung di bawah UNIT KOKURIKULUM setaraf dengan PERSATUAN - PERSATUAN DAN KELAB-KELAB LAIN..
MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) telah ditubuhkan pada 04 FEBRUARI 2011 bersamaan 07 RABIULAWAL 1432H hasil dari arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh PENTADBIRAN UNIT KOKURIKULUM pada peringkat awal penubuhannya. Pada mulanya ia dinamakan sebagai PERSATUAN TINGKATAN ENAM, dan pada 12 FEBRUARI 2011 yang kemudiannya ditukar kepada MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE)..

Menurut Presiden MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) ketika itu 2011, MUHAMAD DZULFIKRI BIN MUHAMMAD, Nama MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) dan kertas kerjanya yang pertama adalah dibuat oleh beliau sendiri. 



PUAN MADIHAH BINTI ADNAN selaku penolong kanan kokurikulum samttaj pernah meminta beliau agar menukarkan nama PTE kepada nama lain kerana persatuan ini adalah sebuah organisasi yang boleh di kira cukup tinggi dalam kalangan pelajar maka perlu mencari nama yang boleh di katakan "GAH" dan ini juga persatuan ini merupakan model contohan kepada pelajar - pelajar lain. Beliau berkata kepadanya bahawa PTE boleh ditukar kepada nama lain jika ada nama yang sesuai.

MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) juga mempunyai moto yang tersendiri iaitu “BERILMI,BERIMAN,BERAMAL,BERDAKWAH” yang telah digunakan pada bulan februari sehingga hari ini. selepas itu “BIAH ISLAMIAH KEHIDUPAN SEMUA” menjadi teras kehidupan warga MTE khasnya dan amnya kepada pelajar samttaj. “BERSAMA MENGEKALKAN BIAH ISLAMIAH” menjadi wadah dan moto utama mte pada tahun ini. Pada hari ini,MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) sekali lagi  telah melakar satu sejarah dengan kemantapan dan keteguhan persatuan ini dapat mengekalkan biahnya sehingga kepada hari ini, dan pada tahun ini MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) telah menjangkau umur 5 bulan di dalam UNIT KOKURIKULUM di SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN JEMAAH (SAMTTAJ), SHAH ALAM dan pada tahun ini juga MTE telah berjaya menyampaikan biahnya sejurus itu membawa MTE menuju “KE ARAH DAKWAH EFEKTIF” iaitu tema MTE 2011.
Dalam Tahun ini juga,MTE   telah melancarkan program usrah dan naqib & naqibah terdiri daripada pelajar MTE sendiri . Kira-kira dalam pertengahan FEBRUARI, MAJLIS PELANCARAN ini diadakan.Maka presiden yang sama ketika itu Muhamad Dzufikri Bin Muhammad , mengatakan bahawa naqib &naqibah itu kekal hingga akhir tahun , dan secara tidak langsung ia terlibat dalam setiap program yang diadakan oleh MTE atau mana-mana pihak termasuk KEM KEPIMPINAN PELAJAR dan lain-lain lagi.

Pada tahun itu juga, saudara PRESIDEN SENDIRI telah membawa sedikit perubahan kepada MTE dengan mula mewujudkan LOGO/LENCANA MTE tersendiri untuk lebih memudahkan pelajar mengenali pihak MTE dengan lebih rapat dan merupakan suatu pendekatan dan usaha baru dalam membentuk sebuah ORGANISASI ISLAM yang memandangkan segala aspek adalah pendekatan dengan islam. Beliau telah turut dibantu oleh EXCO-EXCO MTE dalam membentuk dan mencipta LOGO MTE tersendiri.Pada tahun yang sama juga, Buletin SOUTUL BADAR turut diterbitkan..


Pada tanggal 2 APRIL 2011, pihak MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) telah mencetuskan sebuah penemuan baru dalam menarik pelajar untuk menerima islam ini sendiri dengan melibatkan diri dalam GERBANG ICT. Pada tanggal ini MTE telah Berjaya membuat email MTE tersendiri (Mte_samttaj@yahoo.com.my) dan berkesematan membina LAMAN SOSIAL FACEBOOK MTE (www.facebook.com/mte) sendiri sebagai suatu usaha dakwah MTE dalam bidang ICT. Dengan wujudnya FRIENDSTER dan EMAIL ini, pihak BALADI telah berjaya menghimpunkan dan berhubung dengan para ALUMNI bekas-bekas EXCO MTE  KHUSUSNYA DAN PELAJAR-PELAJAR SAMTTAJ AMNYA dan bekas-bekas GURU  untuk berkongsi maklumat, kata-kata semangat serta pandangan dari seniour yang lebih dahulu makan garam. Melalui EMAIL dan LAMAN SOSIAL inilah pihak MTE juga telah dapat menjalinkan suatu hubungan murni bersama-sama BADAN - BADAN TINGKATAN ENAM  di sekolah-sekolah lain untuk bersama-sama berkongsi pandangan, pendapat dan cadangan dalam membentuk sebuah pengorganisasian BADAN TINGKATAN ENAM di sekolah yang haraki. Pada tanggal yang sama juga pihak MTE telah merasmikan uniform gerak kerja MTE daripada jenis BLAZER.
Pada tanggal 4 MEI 2011 , suatu lagi usaha dakwah MTE dalam penglibatan dalam dunia ICT dan MAKLUMAT. setelah membentuk FACEBOOK MTE pada tanggal ini pihak MTE telah menyiapkan suatu WEBSITEnya tersendiri (http://www.mte-samttaj.blogspot.com/) walaupun ia amat dhaif tapi itulah salah satu usaha sebagai pendekatan dakwah dengan para pelajar untuk mengkhabarkan islam bukanlah sekadar dari bentuk fizikal sahaja, padahal ia merangkumi keseluruhan dan ia sebenarnya lebih membatasi daripada pemikiran kita. Namun website MTE hanya ditubuhkan secara bersendirian tanpa pengetahuan ramai, walau bagaimanapun dalam masa 3 bulan ia telah mampu menjangkau lebih ramai pengunjung. Mengenai pelancaran rasminya mungkin akan di adakan pada awal tahun januari 2012 dengan rekabentuk WEBSITE yang berbeza.


Jadi sepanjang tempoh 5 bulan MAJLIS TINGKATAN ENAM (MTE) ini berada di bawah bumbung SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN JEMAAH (SAMTTAJ),SHAH ALAM berbagai-bagai program diadakan untuk kebaikan warga SAMTTAJ.
Perancangan dan Perjalan  MTE ini masih diteruskan walaupun kami hampir ke tarikh keramat peperiksaan namun ianya mendorong kami untuk ke arah bersendirian kerana tiada istilah pencen di dalam berdakwah dari itu akan wujudlah MTE G-3 (AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN) iaitu MTE GENRASI KE TIGA yang membawa pergerakan di luar dan dalam sekolah dan sebagai penggerak persatuan Alumni (bekas-bekas pelajar) samttaj.
Wallahu’alam..  

Nukilan Oleh Editor MTE

OUR FLASH

Teratak Mte Teams Slideshow: ©MTE’s trip to Shah Alam, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Shah Alam slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.