Tuesday, June 7, 2011

mukhyyam perdana samttaj 2011

بسم الله الرحمان الرحيم
TARIKH : 27 - 28 MEI 2011

TEMPAT : SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH
SASARAN :SEMUA PELAJAR SAMTTAJ
SEKOLAH : SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH , SHAH ALAM
NAMA PROGRAM : MUKHAYYAM PERDANA DAN QIAMULLAIL

Berdasarkan kepada maklumat di atas menunujukkan bahawa SAMTTAJ,SHAH ALAM telah mengadakan 1 program untuk semua pelajar sekolah ini...tambahan pula,pihak sekolah telah melantik para pelajar STAM 2011 bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam program ini....dengan perlantikan ini,pihak sekolah menginkan kerjasama dari kami pelajar tingkatan 6 agar dapat mengendalikan program ini dengan sebaiknya...guru-guru telah meletakkan kepercayaan kepada kami bagi menguruskan program ini.
ini kerana pihak sekolah telah berpuas hati dengan kejayaan yang telah kami laksanakan dalam sebuah program yang dinamakan sebagai program 'mukhayyam fasa 1'..program ini dikhususkan buat para pelajar tingkatan 1 - tingkatan 3 yang tinggal di asrama...atas kerjasama dan tolong menolong antara kami semua...
program ini berjalan dengan lancar walaupun waktu yang diperuntukan hanya dua hari...
tujuan program ini diadakan bukan sahaja mengisi masa lapang sebelum pulang ke rumah...malah ingin
melahirkan pelajar yang gemilang dari sudut akhlak dan rohani...dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti :
  1. ceramah motivasi
  2. senaman pada waktu petang
  3. senaman pada waktu pagi
  4. qiamullail
  5. dan sebagainya

para pelajar dapat mengambil sedikit sebanyak ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah...tidak kiralah sama ada penceramah luar mahupun guru sekolah ini sendiri...
pada sesi pendaftaran,para pelajar dapat memberikan komitmen yang sangat baik..gambar dibawah menunujukkan ketika sesi pandaftaran yang dilkasanakan oleh kami :









ketika sesi taklimat :






mereka merupakan calon-calon bagi perlantikan sebagai penghuluwati..
akhirnya pelajar putri yang memakai baju t-shirt biru mendapat undian tertinggi..


setelah melihat hasil kerja kami ini...menunjukkan bahawa para pelajar meminati aktiviti qiamullail yang diimamkan oleh  imam masjid negeri iaitu

: ustaz sheikh abdul karim

seperti yang telah beliau katakan...beliau sebenarnya sudah lama ingin kesekolah ini untuk berjumpa dengan para pelajar samttaj ini...ini kerana kediaman beliau sangat hampir dengan bangunan sekolah ini...bersebelahan...beliau juga berkata bahawa sangat sayu apabila lihat bangunan sekolah ini kerana musim cuti sekolah sudah tiba..=)...dibawah ini merupakan suasana ketika bersama beliau :











bagi aktiviti luaran pula iaitu dimulakan dengan senaman pada waktu petang yang bersesuaian dengan aktiviti ini yang bermula pada jam 3.30 petang -4.30 petang (pendaftaran) 5.00 petang -6.00 petang (riadah)
bagi riadah pada waktu petang :













































ceramah pada waktu malam selepas selesai melaksanakan solat isyak secara berjemaah di surau ar-raudhah... :






senaman pada waktu pagi..besebelahan dengan bangunan aspura bagi pelajar lelaki manakala pelajar perempuan di dewan anggerik :










maka dengan ini berakhirlah kisah cerita kami sebagai fasilitator dalam mengendalikan program ini...dengan ini kami akhiri kisah ini dengan gambar-gambar dari kami pelajar tingatan 6 2011..
gambar dibawah adalah sebahagian daripada kami :

iqbal (memaki spec) jurugambar bagi pelajar lelaki

yang memakai baju putih itu bukan fasi ok...

ini lah dia amirin(pengarah program) yang memakai baju kuning

adilah sebagai jurugambar kami bagi pelajar putri









sekian terima kasih dari kami MTE ...

 p/s : kami memohon maaf sekiranya program ini mengalami sedikit kesulitan dan kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kepercayaan
kepada kami dalam mengendalikan program ini..dan tidak lupa pada semua pelajar samttaj
yang menghadirkan diri dalam program ini,kami mengucapkan terima kasih kerana
memberikan komitmen yang baik pada kami....

No comments:

Post a Comment

OUR FLASH

Teratak Mte Teams Slideshow: ©MTE’s trip to Shah Alam, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Shah Alam slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.